Sabtu, 30 Julai 2011

Tips Apabila Keluar Dating


Wah...kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan
gadis-gadis
Mrs Teddy. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang... Phewit...!!! 
Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan
Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. 
Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya. 
Jangan Jadi Bisu
Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.
Buat Si Dia Ketawa
Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan. 
Aktiviti Ketika Keluar Dating
Menonton Wayang
Tadi ada disebut pasal aktiviti. Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, "Kenapa la korang buang masa tengok wayang? Bosan la weh tengok wayang tu...". Well, bagi pendapat saya, dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat dan bercerita tentang cerita yang ditonton. Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.
Makan Bersama
Ha, ini lagi satu perkara yang wajib dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, makan tengahari ke, makan malam ke, tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama. Banyak betul kan kami makan? Hahaha... Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni. Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.
Bermain Bowling
Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu. Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. Hehehe... Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy. Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap. Mana boleh...!!! (Padahal memang saya kalah pun sebenarnya...) 
Ambil Gambar Kenangan
Walaupun ianya tidak penting, tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. Bukannya apa, bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut, kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti? 
Hurm...jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini, sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian. Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.
Dan sekiranya anda mempunyai tips-tips dating yang lain dan ingin dikongsikan bersama dengan kami, silalah berikan komen tips-tips tersebut di sini. Mana la tau kalau-kalau tips yang anda gunakan itu dapat kami gunakan pula apabila keluar dating nanti. Hehehe... Terima kasih ya...

Jumaat, 29 Julai 2011

Cara-cara Seseorang Itu Cuba Memikat Kita...



Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.
1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan "intelligence" untuk mendapatkan no phone kitatu.
2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.
3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.
4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.
5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.
6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.
7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.
8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.
Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?


Sabtu, 23 Julai 2011

ciRi-ciRi orAnG yG berFikiRaN POSITIF....

  1. Seorang yg positif semakin tercabar ia semakin kuat..
  2. Seorang yg positif ia melihat peluang dlm kegawatan.
  3. Seorang yg positif ia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
  4. Seorang yg positif ia sentiasa mencari jalan unk membaiki diri nye.
  5. Seorang yg positif ia tidak akn menyalahkan keadaan.
  6. Seorang yg positif ia akn mendengar dahulu pendapat orang lain.
  7. Seorang yg positif ia akan sentiasa bangun apabila jatuh.

Jumaat, 22 Julai 2011

petua cari jodoh


jeng jeng..terase gatal sangat ke nak kasi petua cari jodoh ni ? haha..tak de la..buat panduan kan ? tak salah pon..ehe..jom jom bace petua cari jodoh cara islam :)
pssttt,pos ni panjang gilos..haha..


 1. semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. jarang orang


bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. jodoh itu ketentuan allah dan kita wajib berusaha. doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.teruskan usaha sehingga anda bertemu        jodoh.
4. seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti ?magnet? yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.
5. daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. jika anda membenci orang,ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. tanggapan pertama adalah yang
terpenting.
9. untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. cinta boleh berputik pada bila-bila masa. cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. perkara yang
baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. berkomunikasi dengan mesra danbersemangat menggunakan lidah,mata, hati dan bahasa badan. elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. beri tumpuankepada minat dan perasaannya. elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. berdoa dan latih diri agar kita pandaimendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. buang
perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. beri sayang untuk mendapat sayang. orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak tertarik kepada kita. justeru buang semua benci.
21. untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan
redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan
kepada mereka. justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan dan kebenciannya.
25. elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuhkemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.
27. orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat.
terlalu banyak persamaan membosankan. banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan
melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.keserasian adalah tarikan.
30. perempuan membentuk hubungan denganberbual dan bercakap. lelaki
bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.
31. orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.
33. tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.
34. tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.
36. kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
37. semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38. bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39. keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.
40. pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.
41. ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.
42. kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.
43. untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.
45. jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. dia akan rasa
dihargai.
46. cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. ini buat dia rasa
istimewa.
47. ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.
48. orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.
49. wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.
50. untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.
51. lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.
53. untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.
55. orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56. orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.
58. jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.
59. jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. doakan dia dan beri masa untukdia
merawat dirinya sendiri.
60. fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas dan objektif. orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci dan banyak yang tersirat.
ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.
perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.
pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.
tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.
pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
kasih sayang daripada ibu bapa.
apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?
latar belakang agama.
adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?
pendidikan.
apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
latar belakang budaya dan sosioekonomi.
bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.
kepintaran.
apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?
hubungan dengan mentua.
apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?
sikap dari segi kewangan.
apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?
bilangan anak.
apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?
masalah seksual.
apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.
pemilih tempat tinggal.
di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?
anda bersedia untuk menjadi ibu bapa?
dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. adakah anda benar-benar mahukan anak? berapa ramai? bila? anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

.: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.


1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Khamis, 21 Julai 2011

Puisi Puisi Kehidupan


-Banyak orang bilang kalau Hidup adalah suatu perjuangan dimana didalamnya banyak sekali cobaan. Berikut adalahPuisi-puisi Kehidupanuntuk penyemangat kita menghadapi kehidupan.
untuk hidup.. segala’a harus di lakukan…
untuk hidup.. kufikirkan apa yang terbaik…
untuk hidup.. aku mencoba untuk selalu sabar…
untuk hidup.. kuingin ada org yg selalu bsa jdi segala’a untukku…
untuk hidup.. kucari kebahagiaan yg sulit untuk di dapat…
untuk hidup.. aku mencoba merubah apa yang ada…
untuk hidup.. aku tersenyum…
untuk hidup.. aku mengalah…
untuk hidup.. aku menutup diri…
untuk hidup.. aku menangis…
untuk hidup aku tertawa…
untuk hidup aku berjalan dan berlari…
karena hidup ini membuatku berfikir apa yang akan terjadi bila aku hanya berdiam diri…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...