Rabu, 21 November 2012

10 Perangkap SYAITAN...




Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan.
RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki
. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Isnin, 5 November 2012

~ Muhasabah Hati ~





Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang2 kita lupa letakkan niat
Kadang2 kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang2 kita lupa letakkan usaha,
Kadang2 kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang2 lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang2 kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang2 kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah sentiasa ada pada langkah kita.

Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang2 lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang2 lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang2 kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...
Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Selasa, 2 Oktober 2012

Cinta Bukan Hanya Di Bibir Sahaja




CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.

Lafaz ‘AKU CINTA PADAMU’ atau ‘I LOVE YOU’ sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan ‘AKU CINTA PADAMU’ sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati.

Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?


Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.

Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.

Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.

Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional.

Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Apa yang disukai ibu bapa, ia juga disukai ALLAH. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.

Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH.

Ingatlah, jodoh kita ditentukan di Luh Mahfuz. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.

Khamis, 21 Jun 2012

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam



RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”…


Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan”…


Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…
Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya…
Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya…

  • CACATKAN ANGGOTA PATUNG
Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya…
Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung…
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka…
  •   TIDAK BERNYAWA
Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, pokok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa…
Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya…

Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t…
Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…
Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh…
Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan…
  • SEKSAAN HARI KIAMAT
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya…
Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin…
Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan…
Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan…
Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu…

Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj  merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh…

p/s:renung2 lh sekira nyer ia ada dalam rumah anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...