Isnin, 6 Disember 2010

indah nye satu persahabatan


“ Carilah keindahan iman walau tak indah dimata
tapi sinarnya sah dijiwa..
Carilah teman yang dapat memberi kemanisan hidup..
Manisnya iman membawa kita menuju hidup yang lebih bahagia..”

Sahabat,
Bumi kita payah…
Peluh ,air mata, mungkin darah..
Bilaku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,
Peganglah tanganku…
Kita beriringan sebagai perjuang
Bilaku  ku katakan padamu “perjuangan itu pahit”
Kau sahutlah kembali..
Sesungguhnya “surga itu manis”

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar ..
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan…
Sahabat menjadi pendorong impian..
Sahabat berhati mulia,membawa kita ke jalan Allah.

Jika dikatakan embun itu suci ,
Suci lagi pengorbanan dan keikhlasan..
Jika dirasakan permata itu indah..
Indah lagi ukhwah yang terjalin diantara insan..

Tika kau lemah ,
Sahabatmu mu ada untuk kau luah rasa..
Tika kau kau gagal,kau harus kuat kerana kau pembawa agama,
Tika kau terluka ,kau harus tabah kerana kau Mujahidah Muda..


Tak perlu mencari taman secantik balqis ,
Andai diri tak sehebat sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus zulaikha,
Tak perlu mencari teman seteguh Ibarahim,
Andai diri tak sekuat Hajar..
Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad.






Alam yang maha indah ini..,
Umpama sebuah kitab besar
Yang terbentang luas di hadapan kita..
Didalamnya tertulis perjuangan hidup yang bakal ditempuhi setiap manusia
Ada yang bahagia dan ada pula yang sengsara…
Bagi mereka yang bijaksana..
Semuanya itu akan dijadikan pelita dengan
Mengambil iktibar darinya..

Buatmu Mujahidah solehah..
Dengan kecantikan Mu..Kau lebih elok dari matahari…
Dengan akhlakmu kau lebih wangi dari haruman..
Dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari rembulan..
Dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik..
Maka pertahankanlah keindahan ini,agar kau terusan menjadi sayap kiri perjuangan islam..
Penegak kalimah Allah dimuka bumi..
Allah akhbar !!!!

“kadang-kala tuhan sembunyikan mentari,datangkan hujan, petir dan kilat.kita menangis dan tertanya kemana hilangnya mentari…
Tapi rupanya tuhan hendak memberi kita pelangi indah…”

Jika dikatakan embun itu suci,
Suci lagi lagi pengorbanan dan keikhlasan,
Jika dilihat pulau itu adalah,
Indah lagi sebuah pertemuan,
Jika dilihat mutiara itu bernilai,
Bernilai sebuah persahabatan.


Inginkan mutiara,
Selamilah lautan,
Inginkan kebahagian,
Tempuhilah penderitaan,
Inginkah kejayaan relailah pengorbanan
 dan ketahuilah bahawa setiap keperitan
sebenarnya terkandung 1000 kemanisan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...