Selasa, 10 Mei 2011

SeLaMat HaRi iBu.....

ibu ku tersayang

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.
Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku....

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..miahaha…Terutama sekali kepada ibu aku, Zarodah Che Seman, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama adik 2 aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. 

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...