Selasa, 15 Mei 2012

pengalaman baru

salam mahabbah untuk sahabat seperjuangan.hari ni genap 2 mingu  praktikal...setiap hari adalah hari yang menyeronokkan,komfem tiap2 hari berlainan pengalaman,satu perubahan ke arah menyesuaikan diri ke alam pekerjaan....dugaan buat kerja office sebagai pembantu tadbir,karenah ahli pejabat...pej kami da 2 bahagian iaitu jbtn pembangunan masyarakat n jbtn pembangunan insan.sume staf da lebih kurang 20 org,praktikal 8org,5 dari usim sume lelaki dan 3 org dari kuin iaitu kami.

tiap2 hari tegok muka sama tapi....cuma tatacara bekerja yg berlainan.aktiviti ari mingu....program bersama masyarakat,walaupon setengah hari bekerja...bg kami cukup memenatkan,amat2 perlu stamina yg tinggi.klw x,mane da plak istilah demam selsema,sakit2 badan,batuk2...ehh...ehhh...manjew plop.hahahaha;)

 muhasabah diri:::..Congak semula perjalanan hidup. Naik turun hidup. Setiap kesenangan mahupun kesedihan, kedua duanya adalah dugaan dariNya. Ya Benar. Bila kita berada di puncak kesenangan, cenderung untuk kita mula berasa bongkak, dan riak. Teruja. Dan akhirnya kalah dengan nafsu membangga. Lalu lupalah kita pada DIA. Kita lupa, kesenangan itu datang dariNya. Kita lupa kejayaan itu datang dariNya. Dan, bila mana kita dilanda kesedihan dan kejatuhan, hati kita sibuk menyalahkan itu,jiwa kita bising salahkan ini. Sedarkah kita apa yang kita salahkan? Takdir Allah. Ya Allah, sungguh hina hambamu, sehingga takdir dariMu dipersalahkan. Dan terus, kita lupa, dari mana sedih itu datang.


Sekali lagi, "Setiap saat adalah peluang"
Fikirkan lagi tentang ini. Peluang ini. Masih terbuka luas peluang untuk kita cuba mengubah keadaan. Setiap sesuatu perlukan usaha. Ya. Usaha. Kemudian doa. Dan tawakal. Sesuatu perubahan itu tidak akan terjadi jika kita hanya berdoa dan menunggu. Perlu ada langkah yang mencuba. Mencuba untuk bergerak ke arah sesuatu yang baru, dan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Allah akan membantu kita.
Jangan hilang keyakinan dalam hidup. jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil. Dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya.

 Saya sentiasa doakan, walau siapa pun kalian, walau di mana pun lokasi, sama-sama kita mengambil peluang itu.
Lihat diri; muhasabah diri. Sejauh mana kita dah pergi, dan kemana arah tuju kita nanti.


ikhlaskan diri untuk berbakti untuk agama....

sebahagian pic semasa berprogram...;-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...