Sabtu, 26 November 2011

saLam mAaL hiJraH 1433....

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.
Kalau ikut Tarikhnya ialah, 1 Muharam 1433, bersamaan hari sabtu 26 november, atau maghrib hari ini.
Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.


Doa Akhir Tahun Hijrah
 
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun ".

Doa Awal Tahun Hijrah

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca Doa ini, syaitan berkata :
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan ".



 SALAM MAAL HIJRAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...