Rabu, 12 Januari 2011

Begitulah seharusnya cinta.


Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut dari anda, sednagkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hambaNYA. Jika anda sudah tidak dapt menghargai cinta, itu tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan tertutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.


Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula – sentiasa. Saat bermulanya cinta adlah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi terhebat. Andainya lautan api direntangkan ditengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan beta cinta begitu memotivasi dan perlu bukti.

Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta. Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperoleh cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran ILAHI.

Cinta yang murni adalah pemangkin kepad kehidupan yang penuh bahagia. Sebagimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga tidak mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapn untuknya.

Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada sudi dan murninya cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya, selama itulah bahagia menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya, derita tanpa penyudah.

Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasi dan diberikan kepada insan yang berhak. Meniti diatasnya bererti meniti atas bahagia.

Tiada lagi suatu rasa pun yang memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki, dengan bahagialah lembah kelihatan cetak untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua0dua, semuanya kelihatan tercabut dari sasaran.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus maslah dan pembawa berita, tak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertamabha matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan kecemerlangan. Cinta telah membuatkan manusia bangkit mebina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan.

Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu mwmotivasi, jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya, jika dijelmakan dalam rumah tangga, jwapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan. Begitulah seharusnya cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...