Ahad, 2 Januari 2011

khas buat mu.....


      TEMAN..
Mungkin kerana kita leka..
Sekali pena terlepas dari genggaman ucapan “ Oop” mendahului YA ALLAH,
“ ha.. kenyangnya”mengatasi ALHAMDULILAH….
Bila diri terpegun akan keindahan alam “SUBAHANALLAH ”tertutup oleh“Cantiknya “.
Bila dikunjungi berita malang “kasihannya” terucap kerana kita lupa kepada “INNALILAHIRAJIUN...”
Kadangkala kita terlupa kerana kita terbiasa…tapi ingatlah agar bila Izrail membawa berita biarlah ucapan “ LAILAHAILALLAH menjadi juara mengatasi segalanya…

KITA SEBENARNYA…

Kita sebenarnya lebih gembira menyambut  1JAN daripada 1 MUHARAM..
Kita lebih  menantikan 14 FEB daripada 12 RABIULAWAL..
Kita sebenarnya lebih suka menonton Akademi Fantasia daripada menonton
AL-KULIYAH..
Kita sebenarnya lebih gemar ke pusat beli belah daripada ke MASJID..
Kita sebenarnya lebih mengutamakan lagu di radio daripada mendengar laungan azan..
Kita sebenarnya  lebih mahu membeli topup daripada menderma wang kepada fakir miskin..
Kita sebenarnya lebih suka menunggu keluarnya sesuatu filem dipawagam daripada tibanya waktu sembahyang …
Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah –majalah hiburan daripada membaca Al-Quran..
Kita sebenarnya lebih suka melihat benda maksiat daripada melihat kejadian alam..
Tetapi apabila ditanya…. Apakah kita mahu?
Kita sebenarnya lebih suka menjadi anak yang soleh daripada anak derhaka.
Kita sebenarnya lebih mahu mendapat pahala daripada mendapat dosa..
Kita sebenarnya lebih mahu menjadi manusia berguna daripada manusia durjana..
Kita sebenarnya kebih mahu ke syurga daripada ke neraka..

Tetapi ,apakah kita sudah bersedia untuk menggapai apa yang kita inginkan…?
Ingatlah kita hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa..
Malainkan berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammmad S.A.W

Beramalah selagi nadi ini masih berdenyut dan jantung masih berdengup..
Jangan biarkan air mata menjadi teman sejati ketika keseorangan suatu hari nanti..
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...