Sabtu, 8 Januari 2011

berbaik sangka..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka kedekut Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka sombong Orang menawan disangka pakai susuk Orang nampak ceria disangka membela mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api… Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. “Tegakkan Islam dalam diri kamu... nescaya Islam akan tertegak di atas bumi kamu.” ~~~ Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna ~~~ Just Be Yourself... and Always Trust to Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...